Contoh Karangan Dialog PT3 : Ucapan Tahniah Menang Pertandingan
Contoh Karangan Dialog PT3 : Ucapan Tahniah Menang Pertandingan
Source : mypt3.com
Sahabat anda telah memenangi suatu pertandingan. Anda telah menemuinya untuk mengucapkan tahniah. Tuliskan perbualan anda itu.
- Ikhmal: Hai, Vincent! Awak sedang buat apa?
- Vincent: Hai, Ikhmal. Saya tidak sedar akan kedatangan awak. Tiba-tiba sahaja awak muncul. Saya sedang membersihkan kamera saya.
- Ikhmal: Tahniah, Vincent! Gambar foto awak telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan fotografi sekolah kita
- Vincent: Terima kasih. Saya pun tidak menyangka bahawa gambar foto saya akan terpilih. Maklumlah, ini kali pertama saya menyertai pertandingan fotografi. Tambahan pula, gambar foto peserta-perserta lain yang dipamerkan di dalam dewan sekolah sepanjang bulan lepas bagus belaka
- Ikhmal: Siapakah yang mengajar awak teknik mengambil gambar?
- Vincent: Ayah sayalah. Bukankah ayah saya mengusahakan kedai gambar? Minat kami sama. Ayah yang mengalakkan saya menyertai pertandingan fotografi tersebut, selain memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya tentang teknik mengambil gambar yang baik.
- Ikhmal: Wah, beruntunglah awak kerana mendapat tunjuk ajar daripada pakar!
- Vincent: Yalah. Saya sudah belajar tentang kelajuan pengatup kamera, kepekaan filem terhadap cahaya, dan jenis filem yang sepatutnya digunakan.
- Ikhmal: Nampaknya hobi awak ini memberikan pengetahuan dan pengalaman yang berguna. Adakah awak akan menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya?
- Vincent: Tidaklah. Bidang fotografi sekadar hobi sahaja. Saya bercita-cita hendak menjadi peguam.
- Ikhmal: Eh, berbeza sekali cita-cita awak tercapai. Apakah yang awak buat dengan wang tunai RM500.00 yang awak menangi itu?
- Vincent: Saya menyimpan wang itu di bank untuk saya gunakan bagi pendidikan saya pada masa hadapan.
- Ikhmal: Seronok berbual dengan awak sehingga tidak sedar hari sudah lewat. Saya balik dahululah, Vincent
- Vincent: baiklah. Jumlah lagi di sekolah esok
Komentar
Posting Komentar