Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2022

Contoh Surat Tidak Rasmi: Kiriman Kepada Sahabat

Contoh Surat Tidak Rasmi: Kiriman Kepada Sahabat Source : mypt3.com     (Pada sebelah kiri, alamat, tarikh dan tandatangan hendaklah ditulis)   No. 39, Jalan Damai, Taman Bukit Anggerik, Ipoh, 30290 Perak Darul Ridzuan. 6 Ogos 2016 Menemui sahabat penaku Arthur, yang kini berada bersama keluarga di Melbourne, Australia, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Saudara Arthur, Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak terlambat untuk membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat berminat untuk mengetahui tempat dan kawasan perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya pernah utuskan sebelum ini, saya ada bercerita tentang Bukit Fraser, kali ini saya ingin ceritakan mengenai Pulau Langkawi pula. Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan yang terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung...

Example Speech Essay PT3 : Speech For Teacher’s day

Example Speech Essay PT3 : Speech For Teacher’s day Source : mypt3.com     A very good morning to our respected and honourable principal, teachers and my fellow friends. In conjunction with Teacher’s day, I as the head prefect of our school have been asked to give a speech. On 16th May, Teacher’s Day is celebrated by all of us and across the world. The main purpose of Teacher’s Day celebration is for us to value and treasure their spirited dedication and untiring service. Time and energy may have been sacrificed by the teachers to bring up and give the best outcomes to the pupils. A very motherly look have been used by them to look after us like their own children. In preparation for our examinations, they also have imparted and convey on the students a great deal of knowledge and skills. Teachers are also a good counsellors which means they are good listeners and the one who will advise and correct us if we do wronged. Many students have turned over a new leaf and go do...

Contoh Karangan Pencemaran Sungai : Punca Pencemaran?

Contoh Karangan Pencemaran Sungai : Punca Pencemaran? Source : mypt3.com               Alam semesta dan sekitar yang terbentang luas dan terpampang luas ini merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya dan kita sebagai makhluk yang hidup di muka bumi ini diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaganya dengan sebaik mungkin. Alam ini hendaklah dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab supaya dilindungi daripada pencemaran yang tidak diingini. Namun, dek kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia, kini manusia semakin lupa dan leka akan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar. Tanpa memikirkan langsung kesan buruk terhadap alam sekitar, manusia kini lebih sibuk dan rakus mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan setiap individu yang tamak haloba. Antara yang terjejas teruk akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini adalah sungai. Oleh yang demikian, punca-punca yang menyebabkan terjadinya pencemaran i...

Soalan Karangan Pelancongan Pt3?

Soalan Karangan Pelancongan Pt3? Source : mypt3.com     Tema/isu : Sektor pelancongan di negara kita Tugasan karangan pelancongan pt3 : Rencana hendaklah ditulis mengenai usaha-usaha atau insitiatif yang diambil untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia Format : Rencana karangan Contoh Karangan Pelancongan Terbaik PT3?                   Industri pelancongan adalah merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara. Hal ini kerana industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara. Sejumlah 24.6 juta orang telah berkunjung dan melancong ke Malaysia telah dicatatkan dan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan bagi bulan Januari hingga Disember 2015. Peningkatan pula telah ditunjukkan oleh pelancongan Asia Barat pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015. Meskipun keadaan ekonomi serantau yang agak...

Contoh Karangan Dialog PT3 : Ucapan Tahniah Menang Pertandingan

Contoh Karangan Dialog PT3 : Ucapan Tahniah Menang Pertandingan Source : mypt3.com     Sahabat anda telah memenangi suatu pertandingan. Anda telah menemuinya untuk mengucapkan tahniah. Tuliskan perbualan anda itu.   Ikhmal: Hai, Vincent! Awak sedang buat apa? Vincent: Hai, Ikhmal. Saya tidak sedar akan kedatangan awak. Tiba-tiba sahaja awak muncul. Saya sedang membersihkan kamera saya. Ikhmal: Tahniah, Vincent! Gambar foto awak telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan fotografi sekolah kita Vincent: Terima kasih. Saya pun tidak menyangka bahawa gambar foto saya akan terpilih. Maklumlah, ini kali pertama saya menyertai pertandingan fotografi. Tambahan pula, gambar foto peserta-perserta lain yang dipamerkan di dalam dewan sekolah sepanjang bulan lepas bagus belaka Ikhmal: Siapakah yang mengajar awak teknik mengambil gambar? Vincent: Ayah sayalah. Bukankah ayah saya mengusahakan kedai gambar? Minat kami sama. Ayah yang mengalakkan saya menyertai pertandingan f...

Contoh Ulasan Piramid Makanan Malaysia

Contoh Ulasan Piramid Makanan Malaysia Source : mypt3.com     Nah…contoh anda boleh semak seperti di bawah ini. Pyramid makanan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan. Amalan pemakanan yang seringkali dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita disarankan mengambil hidangan sayuran-sayuran dan buah-buahan bagi membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Bagi mengelakkan gejala obesiti, kita diperingatkan supaya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi carta yang diberikan agar kesihatan kita lebih terjamin. Semak: http://www.myhealth.gov.my   Contoh Hidangan Piramid Makanan ARAS 1 : ...

Contoh Soalan Karangan Ceramah PT3

Contoh Soalan Karangan Ceramah PT3 Source : mypt3.com     Analisis soalan :   Tema/Isu               : Pelajar yang cemerlang Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada Format karangan : Ceramah Rangka Isi Butiran Pendahuluan Kata alu-aluan format ceramah hendaklah diberikan – Konsep dan prinsip pelajar cemerlang, mengapa pelajar harus cemerlang, gambaran kecemerlangan, peribahasa Isi Karangan Cemerlang di dalam akademik – Pencapaian memberangsangkan dalam pembelajaran, pencapaian dalam peperiksaan awam, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Cemerlang di dalam kokurikulum – Penglibatan dalam apa jua program, perkhidmatab dan sumbangan serta kepimpinan Cemerlang disiplin – Peraturan dipatuhi, masa ditepati, tugas dapat diselesaikan Cemerlang sahsiah – sopan-santun, baik budi pekerti, asertif, boleh dipercayai Pegangan agama yang teguh Penutup Konkusi atau kesimpulan am, saranan, n...

Contoh Karangan Peribahasa Pt3 : Maksud ‘Hangat-hangat Tahi Ayam

Contoh Karangan Peribahasa Pt3 : Maksud ‘Hangat-hangat Tahi Ayam Source : mypt3.com     Berdasarkan maksud peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam, sila tulis cerita mengenai peribahasa berkenaan.               Kehadiran Adam disambut baik dan mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar baru yang baru sahaja berpindah sekolah kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja. Sikap baik budi pekerti dan bersopan santun telah ditonjolkan oleh Adam agar tidak dipandang serong dan enteng oleh rakan-rakan baharunya. Ternyata, Adam diterima dan disenangi oleh teman-temannya. Sejak hari pertama persekolahan lagi, rakan-rakan sudah berdamping dengannya menyebabkan Adam langsung tidak berasa kekok dan janggal dengan situasi di sekolah barunya itu.                  Dia dihormati oleh rakan-rakannya disebabkan oleh sikap rajin dan disiplin yang ada pada diri Adam. Dia juga berci...

Contoh Karangan Syarahan PT3

Contoh Karangan Syarahan PT3 Source : mypt3.com     Tips Berguna Karangan Syarahan PT3 Tips Berguna Karangan Syarahan PT3 : Syarahan kebiasaanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan yang akan dipertandingkan. – Ucapan salam diberikan dan nama-nama tetamu hadir disebut mengikut urutan berpandukan statusnya. Salam juga diberikan kepada pihak-pihak tertentu dan yang menghadiri majlis itu – Gunakan bahasa yang mudah difahami; padat; berkesan dan meyakinkan. – Setiap kandungan syarahan adalah berasaskan kepada tajuk syarahan yang diberi. – Calon mestilah menjawab dan menyelesaikan masalah jika anda ada kemukakan soalan; bukan dengan menjadikannya sebagai persoalan. – Kemukakan dan huraikan isi demi isi. Sebelum isi dipaparkan; ungkapan seperti “tuan-tuan dan puan sekalian” atau “tuan-tuan dan puan-puan yang saya sanjungi sekalian” atau “para hadirin yang saya hormati” hendaklah disebut sebagai ungkapan penegasan. Isi syarahan hendaklah menarik supaya pendengar tidak beras...

Soalan Contoh Karangan Jerebu, Punca Masalah Jerebu di Malaysia?

Soalan Contoh Karangan Jerebu, Punca Masalah Jerebu di Malaysia? Source : mypt3.com     Sila bincangkan mengenai punca-punca berlakunya masalah jerebu serta kesan-kesannya. Tema/Isu : Masalah jerebu yang berlaku Tugasan kesannya : Bincangkan punca-punca terjadinya dan berlakunya jerebu serta kesan-kesannya Format : Tiada (hanya perbincangan) Sebenarnya, tanpa kita sedar masalah jerebu berpunca daripada perbuatan dan salah laku manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa menghiraukan dan mengambil berat kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, kepada negara Singapura dan Malaysia seringkali menjadi masalah tahunan dengan berlakunya asap tebal, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang Indonesia mengambil jalan mudah dengan melakukan pembersihan ladang secara murah dengan hanya membakarnya. Lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Sumatera Tengah, Wilayah Riau, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanju...

Contoh Karangan Perpaduan Kaum: Kepentingan Perpaduan Kaum

Contoh Karangan Perpaduan Kaum: Kepentingan Perpaduan Kaum Source : mypt3.com     BACA SINi: Koleksi Contoh Karangan Perbahasan Terbaik                  Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh negara asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui penjajahan Malaysia dimulai dengan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 adalah tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Bagi memastikan negara tidak dijajajah dan digugat oleh negara asing, perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara ini. Kita tiada seorang pahlawan seperti Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, ataupun Dol Said yang melakukan penentangan terhadap kemaraan penjajah pada...

Kebaikan Dan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri #Kesihatan

Kebaikan Dan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri #Kesihatan  Source: ipendidikan.my   Isi-isi penting meningkatkan produktiviti kehidupan menghindari penyakit dan masalah kesihatan mendisiplinkan diri menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang memupuk perpaduan Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri Pendahuluan   Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai masalah kesihatan dan penyakit berjangkit yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat domestik dan antarabangsa. Polemik ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan dua perkara asas iaitu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Amalan ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi ia merupakan kunci utama dalam memastikan kelansungan hidup seseorang pada k...

Contoh Karangan Berita PT3 SPM Terbaik untuk Bahasa Melayu

Contoh Karangan Berita PT3 SPM Terbaik untuk Bahasa Melayu Source : mypt3.com     Tips Penting Karangan Berita PT3 Karangan jenis berita akan membincangkan tajuk atau peristiwa yang hangat diperkatan atau yang menarik perhatian seperti musibah bencana alam, isu semasa, hiburan, berita sukan luar mahupun dalam negara. Struktur karangan berita ini mempunyai tajuk, nama tempat dan hari. Pastikan berita yang ditulis mempunyai tiga perkara ini iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Isi boleh diolah berdasarkan pendapat sendiri atau boleh berdasarkan kisah yang ingin dilaporkan. Isi karangan boleh terdiri daripada data, hasil penyelidikan, statistik atau cadangan Karangan berita ini haruslah dianggap akan terpampang di akhbar, oleh itu segala maklumat hendaklah benar dan dapat menarik minat para pembaca Contoh Isi Karangan Berita PT3 (1) Tajuk  karangan berita  PT3 : Sebagai seorang wartawan tuliskan berita mengenai penculikan seorang kanak-kanak dipercayai merupakan pe...

Contoh Karangan Laporan Pt3 Lawatan Sambil Belajar

Contoh Karangan Laporan Pt3 Lawatan Sambil Belajar Source : mypt3.com     Laporan Sambil Belajar Ke Bangunan Parlimen Pada tanggal 20 mei 2015 yang lalu, lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur telah diadakan yang melibatkan seramai 40 pelajar daripada Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Invictus, Melaka. Rombongan sambil belajar ini turut disertai oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Aaron dan Cikgu Fasha.                        Pada awal pagi kira-kira pukul 5.30 pagi, kami dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan sekolah. Sarapan pagi yang ringkas iaitu nasi lemak, kuih muih dan teh telah disediakan oleh pihak sekolah selepas kami selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di musolla sekolah. Sebelum menaiki bas yang disewa khas untuk ke lawatan, kami terlebih dahulu mendengar taklimat yang diberikan oleh Cikgu Aaron. Kami berasa sungguh teruja dan tidak sabar...

Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat Dan Isi Penting #Kesihatan

Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat Dan Isi Penting #Kesihatan  Source: ipendidikan.my     Gaya hidup yang sihat (GHS) merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. GHS didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat.   Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat antaranya adalah dengan menjaga pemakanan seharian, melakukan senaman atau riadah, jauhkan diri daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran daripada terjebak melakukan perkara yang menjejaskan kesi...

Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga Demi Kesejahteraan Hidup #Kesihatan

Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga Demi Kesejahteraan Hidup #Kesihatan  Source: ipendidikan.my   Isi-isi penting Melakukan aktiviti riadah Mengamalkan pemakanan seimbang Menjaga kebersihan diri dan persekitaran Menjalani pemeriksaan kesihatan Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup Menjaga hubungan sesama manusia dan Tuhan Contoh Karangan Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga Pendahuluan   Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menunjukkan graf masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari. Walaupun kemudahan dan infrastruktur kesihatan bertambah maju dan lengkap, pelbagai wabak dan penyakit yang melanda setiap golongan tanpa mengira usia. Mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesaki...

Faedah Makan Buah-Buahan Tempatan #Kesihatan

Faedah Makan Buah-Buahan Tempatan #Kesihatan  Source: ipendidikan.my   Isi-isi penting Berkhasiat dan berkualiti tinggi Harga yang berpatutan Membantu pertumbuhan ekonomi Keselamatan makanan terjamin Mengurangkan kadar perlepasan karbon Membuka pasaran produk berasaskan buah-buahan tempatan   Contoh Karangan Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan Pendahuluan   Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan dengan pelbagai hasil sumber alam yang boleh dinikmati. Kesuburan kawasan tanah-tanih dan sumber perairan yang mencukupi telah memberikan kita pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang sedap lagi menyelerakan. Menjelang musim buah-buahan tempatan, seluruh rakyat Malaysia pasti akan berasa gembira dan memenuhi ruangan pasaraya atau warung yang menjual buah-buahan tersebut. Selain buah durian dan rambutan, kemunculan buah harum manis daripada negeri Perlis semakin mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan. Kita d...