Contoh Ulasan Piramid Makanan Malaysia

Contoh Ulasan Piramid Makanan Malaysia

Source : mypt3.com

 

 

Nah…contoh anda boleh semak seperti di bawah ini.

Pyramid makanan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan. Amalan pemakanan yang seringkali dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia.

Selain itu, kita disarankan mengambil hidangan sayuran-sayuran dan buah-buahan bagi membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Bagi mengelakkan gejala obesiti, kita diperingatkan supaya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu.

Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi carta yang diberikan agar kesihatan kita lebih terjamin.

Semak: http://www.myhealth.gov.my

 

Contoh Hidangan Piramid Makanan

  1. ARAS 1 : Capati, Kentang, Keladi, Roti, Nasi, Bubur Pasta, Biskut, Mihun, Tosai dan Bijiran
  2. ARAS 2: Buah dan sayur
  3. ARAS 3: Kacang, Ikan, dan ayam serta daging
  4. ARAS 4: Gula, Coklat, Minyak dan juga lemak

Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia KKM ingin ingatkan di sini, setiap apa yang dihidangkan dan dimakan mestilah beringat dan berserdahana. Jangan makanan secara berlebihan tidak kira apa hidangan yang anda makan.

Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan memberikan contoh yang terbaik dalam menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kepada anak-anak.

Pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kecil adalah peringkat yang paling kritikal untuk dipantau terutamanya perkembangan otak anak-anak anda. Sebaiknya ikutlah panduan piramid makanan yang telah ditetapkan seperti gambarajah yang dikongsikan di atas.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Contoh Karangan Peribahasa Pt3 : Maksud ‘Hangat-hangat Tahi Ayam

Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU (Orang Kurang Upaya) #Masyarakat

Kesan-Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera #Pemakanan